Perubatan Naturopati adalah salah satu sistem perubatan yang
mengamalkan konsep perubatan semulajadi berdasarkan tenaga vital (Vital Force)
atau juga disebut sebagai tenaga hayat. Tenaga hayat berperanan dalam mendorong
proses perjalanan dalaman sistem tubuh badan seperti metabolism, pembiakan,
pertumbuhan dan adaptasi persekitaran (penyesuaian dan keimunan). Didalam
perubatan naturopati juga, konsep perubatannya adalah lebih kepada rawatan
holistik dengan rawatan yang bersifat bukan invasive dan pengelakkan daripada
melakukan pendedahan serta penggunaan ubat-ubat “Crude Drug” secara amnya.
Konsep Naturopati lebih tertumpu kepada penggunaan
bahan-bahan semulajadi, kaedah invasive yang minimal, serta penggalakkan proses
penyembuhan semulajadi melalui tenaga hayat.
Doktor Naturopati menggunakan prinsip-prinsip naturopati
dalam konteks amalan perubatan konvensional. Naturopati terdiri daripada kaedah
rawatan yang berlainan tahap penerimaan oleh masyarakat perubatan konvensional
yang berbeza-beza; rawatan ini terdiri daripada rawatan Akupuntur, Bekam,
Nutrisi, Refleksologi, Hydrotherapy, Iridology dan lain-lain. Di dalam
pengajian perubatan Naturopati, pelajar akan mempelajari jenis-jenis rawatan
yang terkandung dalam konsep Naturopati.
No comments:
Post a Comment